Daripada Banyaknya Jamaah Dakwah, Manakah Yang Kita Pilih??
Oleh: Muhammad Ayyubi (Pengarah Komuniti Mufakkirun Siyasiyyun)
Perintah adanya jamaah dakwah datangnya daripada Allah SWT, sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran,
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).” [TMQ Ali Imran (3): 104]
Berdirinya satu atau lebih jamaah dakwah adalah satu kebolehan yang ditetapkan oleh syariat Islam, asalkan mereka berjuang pada dua perkara di atas, iaitu mendakwahkan Islam dan amar makruf nahi munkar.
Dakwah yang dilakukan oleh para jamaah dakwah adalah dalam rangka mengajak non-muslim kepada Islam dan mencegah kemungkaran serta menggalakkan kebaikan antara sesama muslim.
Masalah yang terjadi di tengah tengah umat ini bermacam ragam, bermula daripada murtad, kemiskinan, jenayah, ketamakan, oligarki, kejahilan, kemusyrikan, meninggalkan kewajipan, hinggalah kepada kemusnahan alam sekitar.
Pangkal Kerosakan dan Qadhiyah Mashiriyah
Benang kusut masalah umat ini perlu dihurai satu persatu, apakah simpulan yang menyebabkan semua itu terjadi.
Masalah utama yang menyebabkan semua itu terjadi adalah akibat tidak diterapkan syariat Islam di dalam seluruh aspek kehidupan bermula daripada kehidupan peribadi sehinggalah kehidupan bernegara.
Sebagai contoh, banyaknya orang muslim yang tidak solat boleh terjadi kerana dua perkara, pertama kerana lemahnya iman dan tidak adanya undang-undang yang mewajibkan solat.
Kelemahan iman setiap orang, boleh ditingkatkan dengan menetapkan undang-undang dalam sistem pendidikan yang secara kolektif menaikkan keimanan setiap warganegara.
Dengan undang-undang juga, negara boleh memaksa setiap muslim untuk solat secara kolektif baik di masjid bagi lelaki atau di rumah bagi perempuan.
Walhasil, keberadaaan negara yang membuat undang-undang kewajipan solat memiliki peranan penting dalam amar makruf nahi munkar.
Contah lainnya, kerosakan alam akibat aktiviti penebangan hutan dan perlombongan adalah bentuk kemungkaran. Perkara ini juga akan dapat dengan mudah dicegah jika negara membuat undang-undang yang melarang penebangan hutan untuk perlombongan oligarki.
Maka, keberadaan negara yang menerapkan syariat Islam secara menyeluruh merupakan qadhiyah mashiriyah (pangkal persoalan).
Jamaah dakwah mesti berjuang untuk menegakkan Khilafah. Kerana Khilafah adalah kaedah praktikal untuk melaksanakan syariat Islam secafa kaffah.
Dengan khilafah, maka semua masalah yang dihadapi umat akan diselesaikan satu persatu. Sebaliknya, tanpa Khilafah, masalah ini akan muncul satu persatu dan kekal tidak dapat diselesaikan.
Masalah Palestin akan mudah diselesaikan jika umat Islam di seluruh dunia bersatu di bawah naungan Khilafah, yang akan menghantar pasukan jihad untuk mengusir Israel dari Palestin. Ini akan mengelakkan situasi daripada berlarutan seperti yang berlaku sejak tahun 1948.
Kesimpulannya, daripada banyaknya jamaah dakwah yang ada, manakah yang kita pilih? Maka jawapannya ada, jamaah dakwah yang berjuang untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan tegaknya Khilafah Islamiyyah. Wallahu A’lam bi shawab.
#DakwahJamaah #