Olahraga di Dalam Negara Khilafah Islam
Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman, MA
Negara Khilafah ialah negara ideologi yang akan menerapkan Islam sebagai dasar negara dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Dengan demikian, misi Negara Khilafah adalah untuk menyebarkan cahaya Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad untuk membebaskan umat manusia daripada penjajahan dan penghambaan sesama manusia kepada menyembah Allah SWT. Melalui Negara Khilafah dengan misi tersebut, Islam akan menjadi pemimpin ideologi dunia. Maka, kemuliaan Islam menjadi kebanggaan umat Islam, malah seluruh umat manusia.
Oleh kerana itu, konsentrasi Negara Khilafah dan umat Islam adalah bagaimana menyebarkan Islam ke seluruh dunia untuk membebaskan umat manusia daripada kegelapan kapitalisme, sosialisme atau isme-isme lain, sehingga mereka dapat merasakan indahnya hidup di bawah naungan Islam. Itulah fokus dan konsentrasi umat Islam. Olahraga diperlukan hanya untuk menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh agar mampu mengemban risalah yang mulia itu. Olahraga bukanlah suatu profesion, tujuan, dan orientasi hidup umat Islam.
Dengan demikian, Negara Khilafah tidak akan menganjurkan olahraga dan mempertandingkannya, termasuk menubuhkan badan-badan khusus yang mengendalikan pelbagai cabang olahraga untuk dipertandingkan, baik di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau sehingga antarabangsa. Hal ini kerana semua itu termasuk dalam kategori permainan yang diorganisasikan (lahw[un] munadhdham[un]) yang ternyata mengalihkan perhatian umat daripada visi, misi, tujuan dan orientasi hidup mereka sebagai umat pengemban risalah.
Namun demikian, hal ini tidak bererti negara tidak akan membina kemudahan olahraga. Kemudahan olahraga sebagai prasarana untuk berolahraga, seperti padang, kolam renang, gelanggang memanah, arena lumba kuda, dan sebagainya, tetap akan dibangunkan oleh Negara Khilafah. Perbezaannya ialah semua kemudahan tersebut disediakan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam untuk memelihara kesihatan dan kecergasan rakyat dalam rangka mengemban risalah, melalui dakwah dan jihad. Atas tujuan itulah, maka Khalifah al-Amin, pengganti Harun ar-Rasyid, daripada Khilafah ‘Abbasiyah, pernah membina sebuah padang bola sepak. Bukan untuk tujuan yang lain. Wallâhu a’lam.
Sumber: “Peradaban Emas Khilafah Islamiyah”
#sukan #olahraga #DaulahIslam #TujuanOlahraga