Pengurusan Tenaga Menurut Syarak
Dalam perspektif Islam, semua sumber tenaga yang diperlukan oleh manusia, baik yang utama seperti arang batu, minyak, gas, tenaga matahari dan terbitannya (air, angin, ombak laut), tenaga pasang surut dan panas bumi, serta tenaga nuklear; dan yang sekunder seperti elektrik adalah hak milik umum (milkiyah ‘ammah). Pengurus pemilikan umum ialah negara, melalui perusahaan milik negara (BUMN). Individu/pihak swasta dilarang memiliki tenaga ini untuk tujuan komersial. Oleh itu, liberalisasi yang membawa kepada penswastaan sektor-sektor ini adalah dilarang. Rasulullah SAW bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ
“Kaum Muslim bersekutu (memiliki hak yang sama) atas tiga hal: air, padang dan api. Harganya adalah haram.” [HR Ibn Majah].
Air, api, dan padang rumput adalah tiga perkara yang diperlukan oleh setiap orang untuk terus hidup. Oleh itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa umat Islam (bahkan semua manusia) memerlukannya secara sama rata. Ketiga-tiga perkara ini dianggap sebagai perkara yang memenuhi keperluan hajat dalam kehidupan orang ramai. Oleh itu, Islam menetapkan perkara-perkara ini sebagai pemilikan umum.
Semua kemudahan dan infrastruktur, termasuk yang berkaitan dan digunakan untuk tujuan ini, juga diisytiharkan sebagai pemilikan umum; seperti pam air untuk menarik air dari mata air, telaga gerudi, sungai, selat, dan paip air yang mengalir ke rumah; serta peralatan penjanaan elektrik seperti loji janakuasa arang batu, loji janakuasa hidroelektrik dan sebagainya, termasuk rangkaian, kabel, dan pencawangnya. Turut termasuk dalam pemilikan umum ialah gas, minyak, arang batu, lombong emas, dan sebagainya.
Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita pelbagai sumber tenaga. Dia juga telah menyediakan cara untuk menikmati hak ini, iaitu dengan melaksanakan sistem pengurusan tenaga utama berdasarkan syariat Islam. Bahan api, gas, arang batu, elektrik, dan pelbagai bentuk tenaga lain mesti diatur mengikut syariat Islam, supaya manfaatnya dapat dinikmati secara sama rata oleh rakyat.
#SumberTenaga #EkonomiIslam