[Ath-Thariq] Konsep Kapitalisme (Bahagian 3/3)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Keempat, Akal dan Berfikir
Tidak ada yang lebih menunjukkan akan kerosakan konsep kapitalisme tentang akal dan berfikir, serta ketidakpeduliannya dengan pembahasan mendasar ini, selain daripada sampainya ideologi ini pada asas yang menjadi pijakannya, yakni pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme) yang semata untuk menyelesaikan sebuah perselisihan masalah, dengan cara apa pun. Tidak dengan pembahasan rasional tentang hakikat keberadaan dan benar tidaknya agama, tidak pula dengan pembahasan rasional tentang peranan Al-Khaliq dari segi perlu atau tidaknya Sang Pencipta mengatur kehidupan manusia dan alam semesta.
Walhasil, pembahasan kapitalisme ini menjadi pembahasan yang tidak rasional, baik dalam penyelesaian perselisihan dan permusuhan yang telah disebutkan, juga pada penyelesaian simpulan besar atau permasalah manusia (al-uqdat al-kubra). Ini kerana mereka tidak membahas simpulan tersebut walaupun mereka telah menghasilkan sebuah solusi untuk menyelesaikan perselisihan tadi, sesuatu yang akhirnya membentuk pemecahan yang tidak memuaskan akal dan tidak selaras dengan fitrah.
Hakikatnya, jika para penganut kapitalisme memiliki beberapa konsep yang menyatukan berbagai hal—walaupun semua teori dan konsepnya tersebut keliru—tetapi tidak seperti konsep mereka tentang akal ini, padahal akal merupakan perkara mendasar yang perlu difahami secara yakin sebelum perkara-perkara lain ditegakkan di atasnya. Akibat ketidakpahaman mereka, menjadi kenescayaan timbulnya kesalahan dalam memahami berbagai perkara lain yang jumlahnya tidak terhingga.
Contohnya, ketidakpahaman mereka terhadap akal dan metode berfikir yang benar, mengakibatkan kesalahan penganut kapitalisme dalam memahami naluri dan masyarakat yang seterusnya mengakibatkan ditetapkannya berbagai solusi yang akhirnya menimbulkan kekacauan dan ketidaktenangan masyarakat.
Sebenarnya, banyak kalangan ilmuwan kapitalis yang berupaya untuk mengetahui realiti akal. Walaupun begitu, dalam berbagai upaya mereka tersebut tidak ada satu pun yang layak diingat atau yang mencapai standard teori. Oleh kerana itulah kami akan berusaha memberikan sedikit penerangan tentang sebahagian upaya atau teori tersebut bagi menjelaskan kerosakannya.
Hal ini sebagai penyempurnaan tujuan yang dimaksud dari pembahasan ini, yakni memberi penjelasan tentang pendapat-pendapat tersebut pada mereka yang tidak mengetahuinya, menjadi peringatan bagi mereka yang belum mengetahui sumbernya, ubat penyembuh bagi mereka yang telah benar-benar terpengaruh atau mempercayainya, dan penambah ketenangan mereka yang meyakini rosaknya akidah dan sistem kapitalisme.
Disebabkan terbatasnya ruang, maka kami akan cukupkan dengan mencantumkan dua contoh dari berbagai upaya tersebut dan akan kami jelaskan kerosakannya seringkas yang mungkin.
Teori Empirisme
Teori ini dikaitkan dengan “John Locke” dan terdapat dalam bukunya, Makalah tentang Pemahaman Manusia. Teori ini telah menyebar di kalangan ahli falsafah dan ilmuwan dan tumbuh berkembang secara menakjubkan pada masa George Berkeley dan David Hume hingga diterapkan dan digunapakai secara ekstrem oleh kaum Marxist—dan hal ini akan kami bahas pada bahagian Marxisme.
Teori ini memberikan erti bahawa perasaan menjadi satu-satunya sumber untuk menghukumi sebuah realiti. Dengan perantaraan rasa atau indera, proses pemikiran pun terjadi sempurna dan sampailah manusia pada pengetahuan.
Sedangkan sebenarnya, hanya dengan adanya penginderaan, sebuah pemikiran tidak boleh terjadi, bahkan dengan penginderaan yang dilakukan berulang-ulang sekalipun, proses berfikir —sebagaimana telah kami jelaskan sejelas-jelasnya dalam pembahasan lalu—semata memerlukan empat syarat, yakni selain indera, otak yang layak untuk mengikat, dan realiti atau bekas realiti, serta informasi awal. Ini menjelaskan kerosakan teori tersebut. Kita akan membicarakan kembali masalah ini dalam pembahasan sosialisme. Insyaallah.
Teori Intuisi
Banyak ahli falsafah Barat yang mempresentasikan teori ini, seperti Rene Descartes dan Immanuel Kant. Teori ini datang untuk menampal kekurangan teori empirisme bahawa tiada lain dalam rangka mengkritik bayangan dan makna yang tidak terindera, seperti pemikiran tentang Pencipta dan hal-hal ghaib secara umum.
Mereka menyatakan bahawa sumber alami ada pada hal-hal ghaib tersebut dan menolak kelompok pertama yang teorinya telah dibahas di depan. Adapun bantahan pada kelompok kedua ini atau teori intuisi, telah sangat jelas bahawa seorang anak kecil dilahirkan ibarat lain putih dan dapat dipastikan dengan memberikan pertanyaan pada anak kecil mana pun berbagai pertanyaan dengan adanya potensi ini.
Inilah dua contoh tentang berbagai upaya yang dilakukan ilmuwan kapitalis dan mungkin kita menyangkal kembali konsep kapitalisme tentang akal ini dalam pembahasan konsep sosialisme dan Islam tentang akal, insyaallah.
Kelima, Konsep Kapitalisme tentang Naluri
Terdapat berbagai pemahaman yang berbeza di kalangan pemikir dan intelektual kapitalis tentang jumlah naluri ini. McDougall mengatakan bahawa naluri itu berjumlah lima puluh enam, sedangkan yang lain mengatakan dengan jumlah yang lebih banyak atau sedikit dari itu. Sebahagian ilmuwan moden mengatakan bahawa naluri itu jumlahnya tidak terhingga.
Walaupun begitu, mereka menyepakati sebuah pemahaman yang salah tentang pemicu yang merangsang munculnya naluri ini. Mereka menduga bahawa perangsangnya terdapat dalam diri manusia sebagaimana pemicu keperluan jasmani sehingga mereka memperlakukannya sebagaimana perlakuan mereka terhadap keperluan jasmani.
Sebenarnya sama saja, apakah mereka bersepakat ataupun berbeza pendapat, kerana realitinya menunjukkan bahawa mereka itu salah. Sesungguhnya naluri itu, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, tidak lebih dari tiga naluri saja. Pembahasan tentang realiti manusia menunjukkan dengan sangat jelas bahawa berbagai perangai dan tingkah laku manusia yang timbul akibat naluri tersebut tidak lebih selain hanya untuk mempertahankan dirinya, yakni gharizah al-baqa’ (naluri mempertahankan diri); untuk melestarikan jenisnya, yakni gharizah al-nau’ (naluri seksual); atau ditujukan untuk memuaskan rasa alamiahnya akan kelemahan, kekurangan, dan keperluannya terhadap sebuah kekuatan yang menguasai alam semesta ini, yakni gharizah al-tadayun (naluri beragama).
Adapun berkaitan dengan pemicu bangkitnya naluri, maka bukti-bukti yang terindera menunjukkan bahawa naluri itu tidak akan bangkit kecuali dengan adanya rangsangan dari luar sehingga seorang lelaki tidak akan terangsang naluri seksualnya, misalnya, selagi dia tidak melihat gambar wanita, atau tidak mengkhayalkan seorang wanita, dan sebagainya. Dan juga keinginannya untuk memiliki tidak akan terangsang selagi dia tidak melihat sesuatu yang dapat merangsang keinginan tersebut.
Berdasarkan pemahaman salah mereka tentang hal ini, para pengasas dan penggagas kapitalisme meletakkan kaedah-kaedah yang rosak untuk memuaskan naluri tersebut yang akhirnya mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan manusia sebagai ganti dari kesenangan dan kebahagiaannya, juga mengakibatkan kerosakan dan keterpecahbelahan masyarakat sebagai ganti kebersamaan dan saling terkaitnya dengan sesamanya.
Sebahagian solusi yang salah yang dibangun di atas landasan yang salah dan pemahaman yang keliru tentang realiti naluri adalah aturan pergaulan (ikhtilath). Aturan ini lahir dari pemahaman mereka yang salah bahawa naluri adalah sama halnya dengan keperluan jasmani. Jika terpenuhi pada manusia, akan membawa pada kepuasan dirinya dan tidak meminta tambahan lagi, padahal realiti yang ada menunjukkan sebaliknya, manusia tidak akan meminta makanan setelah dia makan, dan keperluan berakhir hingga batas ini, sedangkan dalam aspek naluri manusia tidak akan terpuaskan secara mutlak, keinginan untuk memuaskannya terus timbul selagi ada yang merangsangnya.
Setiap kali seseorang terangsang untuk memiliki, seperti melihat kereta, bangunan, atau harta, maka keinginan untuk memiliki pun muncul kembali dalam dirinya. Setiap kali terangsang kecenderungannya terhadap lawan jenis atau naluri beragamanya, maka dia pun ingin memenuhinya kembali. Walaupun dia telah memuaskan semua itu sesaat sebelumnya, hal ini tidak lain adalah kerana adanya rangsangan yang baru.
Berdasarkan hal ini maka ikhtilath (pergaulan/percampuran) menjadi bencana bagi masyarakat, bertentangan dengan unsur pelurusan dan pendidikan naluri sebagaimana mereka sangkakan. Maka tidak hairanlah mengapa penyakit kelamin, penyakit kencing bernanah (gonore), dan AIDS boleh begitu cepat menyebar, serta keperluan pada hospital bersalin dan pengguguran janin (abortion) begitu diperlukan, dan bilik-bilik pelacuran terhampar di hampir setiap tempat keramaian. Ini semua tidak lain adalah akibat dari pemahaman yang salah ini.
Ini baru setitik kekeliruan dari lautan keburukan kapitalisme dengan segala konsep dan pemikiran yang terlahir darinya atau tegak di atasnya. Dengan ini, berakhirlah pembahasan ideologi kapitalisme. Tulisan berikutnya insyaallah akan membahas tentang ideologi sosialisme.
Rujukan: Bernard Russel, Hikmat al-Gharb Jilid 2, hlm. 109
Sumber artikel: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)