[Ath-Thariq] Pelbagai Bahaya yang Merintangi Parti Berideologi (Bahagian 1/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Berkaitan dengan bahaya-bahaya yang melanda parti berideologi dalam usahanya merealisasikan matlamat yang ia ada hanya untuk meraih tujuannya, dapat kita ringkaskan kepada dua bentuk bahaya utama, iaitu bahaya yang bersifat ideologi dan bahaya kelas (kasta).
1. Bahaya yang Bersifat Ideologi
Maksud dari bahaya ideologi ini adalah bahaya yang timbul ketika parti meninggalkan ideologinya atau sesuatu dari ideologi tersebut kerana parti sangat menginginkan persahabatan, dukungan, dan sokongan dari umat. Ini merupakan bahaya terbesar yang mungkin saja perlu dihadapi oleh parti berideologi. Hal ini boleh berlaku disebabkan sukarnya perjalanan, banyaknya kesulitan, serta besarnya pengorbanan yang perlu diberikan parti sehingga semua itu kadangkala memikat parti dan anggotanya untuk menyerahkan atau melepaskan apa pun. Jika hal itu terjadi, nescaya menjadi batu penghalang bagi parti.
Bahaya dalam perkara ini boleh datang dari musuh atau dari teman, keduanya dari level yang sama. Adapun jika datang daripada musuh, tiada lain kerana sistem yang tegak berkuasa dalam masyarakat dan penganut tsaqafah yang menyalahi tsaqafah parti serta orang yang berkepentingan, yang kepentingannya itu ikut terganggu oleh bahaya yang ditimbulkan ideologi parti kepada mereka. Mereka semua akan mengerahkan segenap daya usaha dengan pelbagai cara untuk memaksa parti agar mahu mengubah ideologinya yang bertentangan dengan mereka atau sekurang-kurangnya melepaskan sesuatu daripada ideologinya untuk menyenangkan mereka.
Jika parti melakukan hal tersebut, mereka akan menyukai parti, dan jika tidak, mereka akan berlindung pada kekuatan fizikal dan kekejaman untuk memaksanya. Jika parti melepaskan sesuatu (mundur) walau hanya sedikit, hal itu telah merugikan segalanya, tetapi jika parti tetap bertegas dengan ideologinya, hal itu akan menguntungkan segalanya.
Walaupun jalan ini masih panjang dan pelbagai kesukaran begitu besar, parti berideologi dan para anggotanya hendaklah menjadikan sikap teguh pada ideologi di satu sisi dan kehidupan mereka di sisi lain, apakah ia akan terus hidup dengan berkuasanya ideologi ataukah ia harus mati?
Di sisi lain, berpaling dan sikap menjauhkan umat dari idea-idea parti, walau hanya sesaat, memiliki pengaruh yang sangat besar dalam memujuk parti untuk mahu meninggalkan sesuatu dari ideologinya itu demi menarik simpati umat dan mengambil alih kepemimpinannya. Parti pun kemudian berbicara pada dirinya sendiri untuk mundur perlahan-lahan, walau hanya sedikit sebagai penghormatan atas kehendak umat atau ransangan yang membuatkan umat mahu mendukung parti.
Jika parti berbuat demikian, sungguh ia memang telah jatuh ke kedudukan setaraf dengan umat dan telah kehilangan segala-galanya, padahal umat belum memperoleh sesuatu. Jika tidak, kesabaran, keteguhan, ketabahan, serta keberhasilan dalam uslub dakwah dan propaganda, menjadi jaminan—walaupun setelah beberapa saat—atas terangkatnya umat ke tahap ideologi parti, dan berjalannya umat bersama parti, dan ketundukan umat terhadap parti yang semua itu akan berpijak pada ideologi parti, bukan pada keinginan, watak, perasaan, emosi, dan angan-angan kosong belaka.
Bahawasanya sebuah parti berusaha untuk menundukkan umat bukan atas dasar rasa suka, keinginan, dan watak umat, tetapi berdasarkan pemikiran ideologi. Parti hendaklah berusaha mengambil kepemimpinan umat berdasarkan pada adanya opini umum (pandangan umum) yang terlahir dari kesedaran dan pemahaman umum yang ada pada umat.
Ketika parti telah memimpin, umat telah memahami apa yang diinginkan dan yang perlu mereka usahakan. Jika parti rela memimpin umat sebelum adanya opini umum ini, parti tersebut memimpin umat hanya berdasarkan pada perasaan dan keinginan umat. Sebagaimana telah diketahui bahawa perasaan dan keinginan itu sangat cepat berubah dan bolak-balik.
Jika parti rela dengan hal itu, ia telah mengalami kerugian besar tanpa merealisasikan apa pun. Ketika suatu hari menoleh ke belakang, ia tidak akan mendapati seorang pun daripada umatnya. Oleh kerana itu, parti dan anggotanya jangan mahu memimpin umat sebelum sempurnanya pemahaman dan kesedaran umat.
Parti serta anggotanya juga jangan sedikit pun meremehkan ideologinya, walaupun sesuatu yang sedikit itu menyalahi umat. Ingatlah bahawasanya cepat atau lambat umat akan berjalan di belakang parti dan mendukung parti, kerana ideologi yang diemban parti merupakan ideologi yang benar sebagaimana telah dikatakan: sesungguhnya tidak akan menang di akhir nanti, kecuali yang benar.
Satu-satunya jaminan untuk meraih umat dan memimpinnya dengan metode yang benar, yakni dengan adanya opini umum yang terlahir dari kesedaran umum, adalah dengan terus bertahan di tengah-tengah umat dan memberikan tegukan “ubat” pemikiran untuk menyembuhkan umat dari sakitnya secara berterusan.
Selanjutnya teruskan berwaspada dalam mengadopsi kemaslahatannya dan berusaha meleburkannya di dalam relau (tempat peleburan logam) parti bersamaan dengan usaha untuk senantiasa menyingkap pelbagai garis langkah penjajah secara teliti dan menelanjangi dengan sejelas mungkin hamba-hamba mereka yang berbentuk para penguasa, tanpa ada kesamaran, persahabatan, dan kepura-puraan.
Yang paling penting dari semua ini adalah hendaknya para anggota parti menjadi “seperti tahi lalat” di tengah manusia sehingga parti senantiasa dapat membersihkan idea-idea dan tubuhnya (para pengurus dan anggotanya) dan anggota parti pun senantiasa dapat menjadi contoh terbaik sebagai pemimpin intelek dan muslim yang ideal.
Sehingga dapat dilihat daripadanya jiwa kepemimpinan, keberanian, kecemerlangan pemikiran, dan keteguhan. Jika semua ini direalisasikan secara nyata, kepemimpinan umat telah berjaya diraih oleh parti, bila-bila masa dan bagaimanapun juga. Akan tetapi, jika tidak, hilangnya satu syarat daripada parti menjadi penjamin akan bertambah panjangnya perjalanan dan makin lamanya waktu meraih tujuan yang tidak dapat diketahui sesiapa pun kecuali hanya Allah SWT.
Berdasarkan paparan di atas, disimpulkan bahawa parti tidak boleh bersikap ramah (bersahabat) pada umat (opini umum) dengan mempertaruhkan ideologinya. Barangsiapa yang menyenangkan Allah dalam kebencian manusia, maka Allah akan senang padanya dan menjadikan manusia senang padanya. Cukuplah pernyataan Rasulullah SAW,
“Demi Allah, wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini, nescaya aku tidak akan pernah meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya.”
sebagai dalil yang pasti akan kebenaran pendapat kami ini.
[Bersambung ke halaman 2/2]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)