Dua Nasihat yang Terbaik
Allah ﷻ berfirman:
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila menetapkan kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (perintah-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [TMQ an-Nisâ’ (4): 58].
Dalam firman Allah ﷻ “innallâha ni’immâ ya’izhukum bih” (sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu) [TMQ an-Nisâ’ (4): 58], frasa ni’immâ berasal daripada kata ni’ma dan kata mâ. Kata ni’ma mengandung makna al-madh (pujian) yang bererti sebaik-baiknya, sementara kata mâ merujuk kepada perkara yang diperintahkan Allah ﷻ, iaitu menunaikan amanah dan berlaku adil dalam menetapkan perkara di antara manusia, bahawa keduanya adalah sebaik-baik perkara yang diperintahkan Allah ﷻ kepada manusia. Sehingga petikan ayat ini menjelaskan bahawa kedua perintah itu adalah nasihat dan pelajaran terbaik daripada-Nya. Bahkan bukan hanya dua perintah itu, semua perintah dan larangan dalam syariah-Nya yang agung, sempurna, dan menyeluruh merupakan nasihat terbaik bagi manusia untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Allah ﷻ menutup ayat ini dengan firman-Nya:
إِنَّ اللهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Penutup ayat ini memberikan semangat kepada manusia untuk melaksanakan perintah-Nya. Manusia tidak boleh merasa aman ketika tidak menunaikan amanah. Sebab, walaupun yang berhak menerima tidak boleh mengetahui pengkhianatan itu, Allah ﷻ mengetahuinya. Seorang pemimpin juga tidak boleh merasa tenteram ketika menetapkan keputusan yang tidak adil. Meskipun pihak yang dizalimi tidak mampu menuntutnya, Allah ﷻ mendengar dan mengetahui ketidakadilan itu.
“Tafsir Ayat Pilihan Al-Wa’ie” – KH. Rokhmat S. Labib
#tafsirquran #pelajaran #nasihat #syariatAllah #PerintahAllah